OpenAI Mula Uji Iklan Dalam ChatGPT Untuk Akaun Percuma, Go

OpenAI kini mula menguji paparan iklan untuk pengguna ChatGPT yang log masuk dengan akaun percuma atau pelan Go di Amerika Syarikat.

Bagi pengguna versi percuma, terdapat pilihan untuk menyahaktifkan iklan sebagai pertukaran kepada bilangan mesej harian percuma yang lebih terhad.

Kedua-dua pelan ini turut membolehkan pengguna mengawal iklan yang dipaparkan, termasuk menutup iklan, memberikan maklum balas, mengetahui sebab iklan itu dipaparkan, memadam data iklan dan menyesuaikan iklan bila-bila masa.

Setiap iklan akan dilabel sebagai “sponsored” dan dipaparkan secara berasingan daripada respons. Namun begitu, OpenAI menegaskan bahawa iklan tidak akan mempengaruhi jawapan yang diberikan oleh ChatGPT, dan kandungan perbualan pengguna tidak akan dikongsi dengan pengiklan.

Secara default, iklan ditentukan berdasarkan topik perbualan, perbualan terdahulu dan interaksi lepas dengan iklan. Contohnya, perbualan tentang resipi mungkin memaparkan iklan untuk set makanan atau perkhidmatan penghantaran barangan runcit.

Pengiklan hanya akan menerima maklumat agregat seperti bilangan paparan atau klik, dan tidak mempunyai akses kepada sejarah perbualan, memori atau maklumat peribadi pengguna. Iklan juga tidak dipaparkan untuk topik sensitif seperti kesihatan, kesihatan mental atau politik.

Selain itu, iklan tidak akan dipaparkan pada akaun yang dikenal pasti sebagai pengguna di bawah umur 18 tahun, sama ada berdasarkan maklumat yang diberikan atau anggaran sistem. Akaun Plus, Pro, Business, Enterprise dan Edu juga tidak akan memaparkan sebarang iklan.

{suggest}

The post OpenAI Mula Uji Iklan Dalam ChatGPT Untuk Akaun Percuma, Go appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *