Xiaomi Lancar Skuter Elektrik Terbaru, Harga Bermula ~RM1,515

Xiaomi memperkenalkan siri Electric Scooter 6, barisan terbaru yang menyasarkan pelbagai jenis pengguna bandar.

Model utama ialah 6 Ultra, dengan motor 1200W, mod Boost, tayar 12 inci serta sistem suspensi dwi-swing-arm.

Ia mampu mencapai jarak sehingga 75km dan menyokong pengecasan pantas, menjadikannya pilihan premium untuk perjalanan jauh.

Reka bentuknya moden dengan pemegang ergonomik, dek luas, paparan TFT dan kemasan Lightning Yellow.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi brek cakera, E-Brake, E-ABS, kawalan cengkaman (TCS) serta perlindungan air IPX6.

Ciri pintar lain termasuklah integrasi aplikasi Xiaomi Home dan Apple Find My.

Selain versi Ultra, siri Xiaomi Electric Scooter 6 ini turut hadir dalam variasi 6 Max, 6 Pro, 6 Standard dan 6 Lite dengan harga bermula €329.99 (~RM1,515) hingga €799.99 (~RM3,680).

{suggest}

The post Xiaomi Lancar Skuter Elektrik Terbaru, Harga Bermula ~RM1,515 appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *