Unifi TV Tawar Akses Percuma Sebulan Untuk 4 Saluran HBO

Unifi TV kini menjadi platform eksklusif untuk empat saluran HBO di Malaysia. Ini termasuk saluran HBO, HBO Family, HBO Hits dan Cinemax.

Kesemua saluran ini boleh ditonton melalui Max Pack yang kini ditawarkan pada harga promosi RM21 sebulan (harga asal RM39/bulan), tanpa kontrak dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

Selain itu, langganan ini turut memberi akses penuh ke aplikasi penstriman HBO Max dan 36 saluran asas lain seperti tvN Movies HD, Unifi Sports 1 HD, Animax HD dan Zee Cinema .

Dari 5 Mac hingga 4 April 2026, Unifi turut menawarkan akses tontonan percuma selama sebulan untuk 4 saluran HBO kepada semua pelanggan Unifi TV, Home dan mudah alih.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Unifi TV 2.0 melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Dalam perkembangan berkaitan, Astro sebelum ini memaklumkan kandungan HBO tidak lagi tersedia di saluran Astro bermula 1 Mac 2026.

{suggest}

The post Unifi TV Tawar Akses Percuma Sebulan Untuk 4 Saluran HBO appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *