Antigravity secara rasmi melancarkan dron Antigravity A1 di Malaysia.
Merupakan dron 360 8K pertama di dunia, dron ini direka untuk pengalaman penerbangan imersif dengan Vision Goggles dan pengawal Grip yang membolehkan kawalan mudah melalui pergerakan tangan.

Sistem sensor dwi-lensa membolehkan rakaman penuh 360 darjah dalam resolusi sehingga 8K30fps, dengan teknologi FlowState Stabilization memastikan rakaman kekal stabil.
Dengan berat hanya 249g, A1 mematuhi peraturan 250g global dan menawarkan masa penerbangan sehingga 39 minit dengan bateri berkapasiti tinggi.
Fungsi pintar dan mesra pengguna seperti Sky Path, Sky Genie, Deep Track, Virtual Cockpit dan Flight Simulator akan menjadikan pengalaman pencipta kandungan lebih kreatif.

A1 turut menerima pengiktirafan antarabangsa termasuklah Anugerah Red Dot, TIME Best Inventions 2025, Good Design Award 2025 dan CES Innovation.
Antigravity A1 dijual secara rasmi di Malaysia pada 17 Mac 2026 dan ditawarkan dalam tiga pakej dengan harga bermula RM6,099.
Sempena pelancaran, diskaun sebanyak 20% turut diberi sehingga 16 April 2026.
Beli Antigravity A1 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clnbubk
- Lazada – https://invl.me/clnbubm
{suggest}
The post Dron 360 8K Pertama Di Dunia, Antigravity A1 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM6,099 appeared first on WISER.MY.


