Harga e.MAS 7 PHEV Diumumkan, Bermula Dari RM109,800

Selepas memberikan bayangan awal harga jualan bagi model e.MAS 7 PHEV sekitar RM110,000 hingga RM130,00, Proton hari ini secara rasminya mengumumkan, harga jualan bagi SUV hibrid plug-in ini adalah bermula dari RM109, 800 (varian prime). Proton turut menawarkan rebat sebanyak RM4000 sempena pelancaran di mana ia boleh dibeli serendah RM105,800.


Hadir dalam 3 varian iaitu Prime, Premium dan Premium Plus, Proton e.MAS 7 PHEV adalah EV dwi-kuasa yang pertama di Malaysia.

Proton e.MAS 7 PHEV hadir sebagai SUV hibrid plug-in yang menekankan gabungan prestasi, jarak perjalanan dan teknologi pintar.

Model ini menawarkan dua pilihan bateri: 18.4kWh dengan jarak elektrik 105km dan 29.8kWh dengan jarak elektrik sehingga 170km.

Kedua-duanya apabila digabungkan dengan enjin petrol, ia mampu memberi jarak keseluruhan melebihi 1,000km.

Ciri utama termasuklah sistem keselamatan ADAS lengkap, sehingga tujuh beg udara, kamera 360° serta sokongan Android Auto dan Apple CarPlay melalui skrin 15.4”.

Untuk spesifkasi penuh Proton e.MAS 7 PHEV ini, layarai laman rasmi e.MAS 7 PHEV – Proton e.MAS.

{suggest}

The post Harga e.MAS 7 PHEV Diumumkan, Bermula Dari RM109,800 appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *