BYD Dakwa Telah Mengurangkan Lebih 128 Bilion Kg Emisi Karbon

BYD menerusi barisan kenderaan elektrik (EV) mereka mendakwa telah berjaya mengurangkan lebih 128 bilion kg emisi karbon sehingga 31 Disember 2025.

BYD menyatakan, jumlah itu adalah bersamaan dengan penanaman 2 bilion batang pokok demi melindungi bumi untuk generasi akan datang.

BYD yang diasaskan pada tahun 1995 bermula sebagai syarikat pembuatan bateri. Hanya pada tahun 2003, barulah BYD Auto, anak syarikat terbesar BYD ditubuhkan sebagai pengeluar kenderaan elektrik.

BYD kini merupakan pengeluar EV terbesar di dunia dengan penguasaan pasaran global hampir 20% selepas membuat penghantaran EV mereka sebanyak 2.6 bilion unit pada tahun 2025 lalu.

{suggest}

The post BYD Dakwa Telah Mengurangkan Lebih 128 Bilion Kg Emisi Karbon appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *