Kerajaan Iran telah mengumumkan kenaikan gaji minimum melebihi 60% selepas tercetusnya siri tunjuk perasaan antikerajaan dalam kalangan rakyat bagi membantah keadaan ekonomi yang meruncing.
Punca utama tunjuk perasaan tersebut tercetus adalah disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan penyusutan nilai mata wang negara itu.
Iran melaraskan gaji minimum pada setiap tahun bagi mengimbangi kadar inflasi yang melambung di bawah sekatan antarabangsa, terutamanya ketika ketegangan konflik antara Tehran dan Amerika Syarikat (AS)-Israel memuncak.
Menteri Buruh Iran memaklumkan bahawa gaji minimum bulanan akan dinaikkan daripada 103 juta kepada 166 juta rial pada tahun baharu mengikut kalendar Parsi yang akan bermula beberapa hari lagi.
Kenyataan tersebut dilaporkan menerusi agensi berita Iran, Tasnim.
Pada masa yang sama, kerajaan juga mengumumkan kenaikan yang serupa bagi faedah sokongan kepada anak-anak.
Inisiatif tersebut menunjukkkan komitmen kerajaan dalam memelihara kebajikan hidup rakyat meskipun berhadapan dengan tekanan ekonomi dan ancaman luar yang beterusan.

