GameStop Corp (GameStop) hari ini secara rasmi mengisytiharkan bahawa konsol Sony PlayStation 3, Xbox 360 dan Nintendo Wii U kini dikategorikan sebagai konsol retro.
Keputusan ini dibuat selepas analisis terhadap beberapa faktor termasuk penggunaan kabel komponen, ketiadaan permainan popular seperti Fortnite, serta fakta bahawa konsol tersebut dilancarkan ketika George W. Bush masih menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Dengan klasifikasi ini, konsol berkenaan kini disenaraikan bersama sistem warisan lain seperti Sega Saturn dan Nintendo DS.
GameStop turut melancarkan promosi Retro Trade-In Bonus sehingga 21 Mac 2026, di mana pelanggan yang menukar masuk konsol lama akan menerima tambahan 10% kredit.
Menariknya, konsol retro yang rosak atau tidak lengkap juga diterima selagi ia boleh dihidupkan.
Sega Saturn telah dilancarkan di Jepun pada 22 November 1994, manakala Nintendo DS dilancarkan di Amerika Utara pada 21 November 2004.
Sementara konsol Sony PlayStation 3 pula dilancarkan pertama kalinya di Jepun pada 1 November 2006.dahulu.
Walaupun konsol ini kini dianggap retro, GameStop menegaskan bahawa ia tetap “cool” dan sesiapa yang memilikinya sejak pelancaran tidak dianggap tua.
{suggest}
The post Selepas Lebih 20 Tahun, 3 Konsol ‘Lejen’ Ini Akhirnya Dianggap Sebagai Konsol Retro appeared first on WISER.MY.




