{"id":1082,"date":"2026-05-07T15:15:22","date_gmt":"2026-05-07T07:15:22","guid":{"rendered":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/2026\/05\/07\/tinjauan-pasaran-minyak-kembali-panas-damai-hanya-mimpi-ngeri\/"},"modified":"2026-05-07T15:15:22","modified_gmt":"2026-05-07T07:15:22","slug":"tinjauan-pasaran-minyak-kembali-panas-damai-hanya-mimpi-ngeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/2026\/05\/07\/tinjauan-pasaran-minyak-kembali-panas-damai-hanya-mimpi-ngeri\/","title":{"rendered":"Tinjauan Pasaran: Minyak Kembali Panas, Damai Hanya Mimpi Ngeri?"},"content":{"rendered":"<p><i><span>Suasana pasaran minyak ketika ini ibarat sebuah roller coaster yang tidak menentu. Selepas pelabur menarik nafas lega dengan berita rundingan damai semalam, hari ini realiti kembali menampar.<\/span><\/i><\/p>\n<p><i><span>Harapan bahawa \u201cwar premium\u201d akan lenyap begitu sahaja nampaknya terlalu awal. Pasaran kini sedang bergelut dengan keraguan, adakah keamanan benar-benar akan tercapai, atau kita sedang melihat \u201cbull trap\u201d yang bakal memerangkap mereka yang terlalu yakin harga akan jatuh menjunam? <\/span><\/i><i><span><br \/>\n<\/span><\/i><i><\/i><\/p>\n<p><i><span>Momentum jualan semalam terhenti, dan kini pembeli mula mengintai peluang di tengah-tengah ketidaktentuan yang kembali menebal.<\/span><\/i><\/p>\n<p><span><b>Drama Diplomasi: Antara Harapan dan Realiti<\/b><\/span><\/p>\n<p><span>Minyak mentah Brent kembali melonjak melepasi $105 manakala WTI menghampiri $97 selepas kenyataan dari Washington dan Tehran mendinginkan harapan damai. Apabila Trump menyatakan masih terlalu awal untuk rundingan terus dan Iran menganggap tawaran AS sekadar \u201csenarai impian,\u201d pasaran terus bertindak balas secara agresif.<br \/>\n<\/span><span><br \/>\nTrader mula sedar bahawa draf perjanjian bukanlah satu penyelesaian muktamad. Ini penting kerana selagi isu nuklear dan pembukaan Selat Hormuz tidak selesai, risiko bekalan terputus tetap menjadi hantu yang menakutkan pasaran.<\/span><\/p>\n<p><b>Bekalan Semakin Kurang, Stok Simpanan AS Menyusut<\/b><\/p>\n<p><span>Di sebalik berita perang, ada faktor fundamental yang lebih mendalam sedang berlaku. Stok simpanan minyak mentah AS jatuh sebanyak 2.3 juta tong, satu isyarat jelas bahawa permintaan sedang memakan bekalan sedia ada.<\/span><\/p>\n<p><span>Walaupun damai tercapai esok, bekalan tidak akan pulih sekelip mata. Proses memulihkan aliran minyak dari Teluk Timur Tengah ke penapis mengambil masa berminggu-minggu. Trader kini menjangkakan harga akan kekal tinggi kerana \u201csummer season\u201d sudah tiba, dan pasaran tidak mempunyai bekalan tambahan yang cukup untuk menampung permintaan yang melonjak.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-208269 aligncenter\" src=\"https:\/\/intraday.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/BRENT_2026-05-07_14-46-30-300x118.png\" alt=\"\" width=\"806\" height=\"317\" \/><\/p>\n<p><b>STRUKTUR TEKNIKAL PASARAN<\/b><b><br \/>\n<\/b><span>Berdasarkan struktur pasaran semasa, bias harga masih cenderung kepada <\/span><b>Bullish<\/b><span> selagi zon sokongan utama tidak ditembusi.<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>Current Bias:<\/b><span> Konsolidasi dengan kecenderungan menaik (Bullish Bias).<\/span><\/li>\n<li><b>Key Levels (Brent):<\/b><span> Kawasan <\/span><b>$80<\/b><span>\u00a0adalah lantai yang sangat kuat. Selagi harga bertahan di atas paras ini, struktur kenaikan jangka panjang masih utuh.<\/span><\/li>\n<li><b>Kawasan Reaksi:<\/b><span> Perhatikan paras <\/span><b>$90<\/b><span>. Ini adalah zon di mana <\/span><i><span>buyers<\/span><\/i><span> masuk semula. Jika harga gagal bertahan di sini, kita mungkin melihat pembetulan yang lebih dalam.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span>Tahap <b>$120<\/b> adalah harga \u201csiling\u201d yang menentukan hala tuju seterusnya. Jika Brent berjaya melepasi paras ini, ruang untuk ke <b>$125 \u2013 $135<\/b> akan terbuka luas.<\/span><\/p>\n<p><b>JANGKAAN PASARAN<\/b><\/p>\n<p><b>Rundingan Gagal \/ Ketegangan Meningkat <\/b><b><br \/>\n<\/b><span>Jika tempoh 48 jam yang diberikan AS tamat tanpa jawapan positif dari Iran, pasaran akan kembali panik. Ketegangan ini biasanya akan menyebabkan pelabur menyerbu USD sebagai <\/span><i><span>safe haven<\/span><\/i><span>, namun minyak akan naik lebih mendadak disebabkan kebimbangan bekalan di Selat Hormuz.\u00a0<\/span><br \/>\n<b><br \/>\nPerjanjian Damai Rasmi Ditandatangani<\/b> <span><br \/>\n<\/span><span>Jika keajaiban berlaku dan perjanjian ditandatangani, kita akan melihat \u201cwar premium\u201d ditarik keluar dari harga minyak. Minyak mungkin akan jatuh menguji zon <\/span><b>$80 \u2013 $85<\/b><span>, tetapi kejatuhan ini mungkin terhad kerana masalah fundamental bekalan yang masih ketat.<br \/>\n<b><br \/>\nTumpuan Utama Pedagang<\/b><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>Dateline 48 Jam Rundingan:<\/b><span> Semua mata tertumpu kepada maklum balas Iran terhadap cadangan AS. Ini adalah penentu sama harga minyak.<\/span><\/li>\n<li><b>Data Inventori EIA:<\/b><span> Trader menunggu pengesahan lanjut sama ada penyusutan stok di AS berterusan. Jika stok terus jatuh, harga minyak akan mendapat sokongan padu walaupun ada berita damai.<\/span><\/li>\n<\/ul>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suasana pasaran minyak ketika ini ibarat sebuah roller coaster yang tidak menentu. Selepas pelabur menarik nafas lega dengan berita rundingan damai semalam, hari ini realiti kembali menampar. Harapan bahawa \u201cwar premium\u201d akan lenyap begitu sahaja nampaknya terlalu awal. Pasaran kini sedang bergelut dengan keraguan, adakah keamanan benar-benar akan tercapai, atau<span class=\"more-link theme-more-link\"><a href=\"https:\/\/alberto.my\/index.php\/2026\/05\/07\/tinjauan-pasaran-minyak-kembali-panas-damai-hanya-mimpi-ngeri\/\">Continue Reading<\/a><\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1083,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["entry","author-pemburu-berita","post-1082","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-berita"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1082","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1082"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1082\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1083"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}