{"id":241,"date":"2026-02-16T17:35:48","date_gmt":"2026-02-16T09:35:48","guid":{"rendered":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/2026\/02\/16\/seedance-2-0-didakwa-ciplak-karya-hollywood-ini-respon-bytedance\/"},"modified":"2026-02-16T17:35:48","modified_gmt":"2026-02-16T09:35:48","slug":"seedance-2-0-didakwa-ciplak-karya-hollywood-ini-respon-bytedance","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/2026\/02\/16\/seedance-2-0-didakwa-ciplak-karya-hollywood-ini-respon-bytedance\/","title":{"rendered":"Seedance 2.0 Didakwa Ciplak Karya Hollywood, Ini Respon ByteDance"},"content":{"rendered":"<p>Gergasi teknologi China, ByteDance, memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengambil langkah untuk \u201cmemperkukuh perlindungan sedia ada\u201d selepas syarikat-syarikat besar Hollywood menuduh model video kecerdasan buatan (AI) baharunya melanggar hak cipta.<\/p>\n<p>Dibangunkan oleh pemilik TikTok, ByteDance, model Seedance 2.0 telah menghasilkan babak ala Hollywood yang tular dalam talian, termasuk adegan Tom Cruise bergaduh dengan Brad Pitt serta pelbagai kombinasi bintang filem adiwira dan permainan video yang kelihatan realistik.<\/p>\n<p>Sebahagian video tersebut telah ditonton jutaan kali.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, <em>Motion Picture Association<\/em> (MPA) minggu lalu menuduh Seedance melakukan \u201cpenggunaan tanpa kebenaran karya berhak cipta Amerika Syarikat secara besar-besaran\u201d.<\/p>\n<p>Pengerusi MPA, Charles Rivkin \u2014 yang mewakili syarikat gergasi seperti Disney, Universal, Warner dan Netflix \u2014 berkata model AI baharu ByteDance itu \u201cberoperasi tanpa perlindungan bermakna terhadap pelanggaran\u201d dan \u201cperlu dihentikan segera\u201d.<\/p>\n<p>Kesatuan pelakon SAG-AFTRA turut mengecam \u201cpelanggaran terang-terangan\u201d serta penggunaan suara dan imej ahli-ahlinya tanpa kebenaran yang didakwa dimungkinkan oleh Seedance 2.0.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan kepada AFP pada Ahad, ByteDance mengakui kebimbangan berkaitan Seedance 2.0 dan menegaskan bahawa pihaknya \u201cmenghormati hak harta intelek\u201d.<\/p>\n<p>Syarikat itu menambah bahawa ia sedang mengambil langkah untuk \u201cmemperkukuh perlindungan sedia ada\u201d bagi mencegah \u201cpenggunaan tanpa kebenaran harta intelek dan imej oleh pengguna\u201d.<\/p>\n<p>Buat masa ini, model video AI tersebut hanya ditawarkan sebagai versi ujian terhad di China.<\/p>\n<p>Firma perunding berpangkalan di Switzerland, CTOL Digital Solutions, menyifatkan Seedance 2.0 sebagai \u201cmodel penjanaan video AI paling maju yang tersedia\u2026 mengatasi OpenAI Sora 2 dan Google Veo 3.1 dalam ujian praktikal\u201d.<\/p>\n<p>ByteDance lebih dikenali di peringkat global sebagai syarikat di sebalik TikTok, namun ia juga merupakan pemain utama dalam pembangunan AI di China. \u2013 AFP.<\/p>\n<p>{suggest}<\/p>\n<p>The post <a href=\"https:\/\/wiser.my\/seedance-2-0-didakwa-ciplak-karya-hollywood-ini-respon-bytedance\">Seedance 2.0 Didakwa Ciplak Karya Hollywood, Ini Respon ByteDance<\/a> appeared first on <a href=\"https:\/\/wiser.my\/\">WISER.MY<\/a>.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gergasi teknologi China, ByteDance, memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengambil langkah untuk \u201cmemperkukuh perlindungan sedia ada\u201d selepas syarikat-syarikat besar Hollywood menuduh model video kecerdasan buatan (AI) baharunya melanggar hak cipta. Dibangunkan oleh pemilik TikTok, ByteDance, model Seedance 2.0 telah menghasilkan babak ala Hollywood yang tular dalam talian, termasuk adegan Tom Cruise<span class=\"more-link theme-more-link\"><a href=\"https:\/\/alberto.my\/index.php\/2026\/02\/16\/seedance-2-0-didakwa-ciplak-karya-hollywood-ini-respon-bytedance\/\">Continue Reading<\/a><\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":248,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["entry","author-pemburu-berita","post-241","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-berita"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/241","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=241"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/241\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=241"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=241"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alberto.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=241"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}