Apple Music Mungkin Akan Hadir Dengan Pelan Percuma Atau Lebih Murah

Apple Music nampaknya sedang menguji pelan langganan baharu yang boleh membawa perubahan besar termasuk kemungkinan pelan percuma atau lebih murah. Buat masa sekarang, tiada cara lain untuk menggunakan Apple Music selain melanggannya, tidak seperti pesaingnya yang lain.

Menurut laporan 9to5Mac, kod dalam versi beta terkini aplikasi Apple Music untuk Android menunjukkan frasa seperti “Can’t skip any more tracks” dan “Premium access required”. Ini menandakan Apple mungkin akan memperkenalkan had bilangan lagu yang boleh dilangkau, sama seperti model Spotify percuma.

Penemuan ini mengejutkan ramai pemerhati kerana Naib Presiden Apple Music, Oliver Schusser, baru-baru ini menyatakan Apple Music bangga kerana tidak pernah menawarkan pelan percuma. Namun, kehadiran kod ini menunjukkan syarikat itu mungkin sedang mempertimbangkan strategi baharu untuk menarik lebih ramai pengguna.

Jika benar, pelan percuma atau murah ini boleh membolehkan Apple Music bersaing secara terus dengan Spotify, YouTube Music dan platform lain yang menawarkan tier percuma dengan iklan.

Setakat ini, Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Semua maklumat masih berdasarkan penemuan kod dalam aplikasi beta.

Pelancaran pelan baharu ini, jika benar, dijangka boleh berlaku dalam beberapa bulan akan datang.

{suggest}

The post Apple Music Mungkin Akan Hadir Dengan Pelan Percuma Atau Lebih Murah appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *