Penyelidik Australia Berjaya Latih Sel Otak Makmal Bermain Permainan Video Klasik ‘Doom’

Sekumpulan penyelidik daripada firma bioteknologi Australia, Cortical Labs, telah berjaya melatih sel otak manusia yang ditumbuhkan di dalam makmal untuk bermain permainan video penembak 3D klasik era 90-an, Doom.

Pencapaian ini menyusul selepas kultur sel yang sama sebelum ini berjaya menguasai permainan ringkas dua dimensi, Pong.

AFP

Pembangunan teknologi yang dipanggil sebagai “komputer biologi” ini memanfaatkan fungsi rangkaian sistem otak manusia, di mana setiap cip khas mengandungi sekitar 200,000 sel otak hidup yang ditumbuhkan daripada sel tunjang hasil pendermaan darah.

AFP
Dalam foto yang diambil pada 5 Mei 2026 ini, saintis aplikasi kanan Alon Loeffler melihat rakaman langsung sel kortikal dan hippocampal pada plat kultur sel dalam unit CL1 yang terletak di pelayan yang tersedia untuk belajar melalui internet, di makmal Cortical Labs’ Physical Containment Level 2 (PC2) di Melbourne. Penyelidik Australia telah melatih sel otak yang tumbuh di makmal pada cip komputer silikon untuk memainkan penembak sembilan puluhan “Doom” dan mengatakan bahawa mereka hanya menconteng permukaan tentang apa yang neuron boleh lakukan. (Foto oleh William WEST / AFP)

Pada fasa awal latihan, kelompok neuron berkenaan memulakan permainan pada tahap “pemain pemula” yang sering melanggar dinding, menembak arah yang salah, dan berputar tanpa hala tuju di dalam dunia simulasi.

Walau bagaimanapun, melalui proses penyesuaian rangsangan secara masa nyata dan pembelajaran terarah, sel-sel tersebut mula menunjukkan keupayaan untuk mengesan serta menembak sasaran musuh dengan lebih kerap dan tepat.

AFP
Dalam foto yang diambil pada 5 Mei 2026 ini, unit CL1 yang mengandungi sel kortikal dan hippocampal pada plat kultur sel diletakkan dalam pelayan di mana ia tersedia untuk belajar melalui internet, di makmal Cortical Labs’ Physical Containment Level 2 (PC2) di Melbourne. Penyelidik Australia telah melatih sel otak yang tumbuh di makmal pada cip komputer silikon untuk memainkan penembak sembilan puluhan “Doom” dan mengatakan bahawa mereka hanya menconteng permukaan tentang apa yang neuron boleh lakukan. (Foto oleh William WEST / AFP)

Untuk menjayakan proses ini, pasukan penyelidik menukarkan persekitaran digital Doom menjadi corak isyarat elektrik yang boleh difahami oleh neuron di atas cip silikon khas yang dinamakan sebagai CL1.

Apabila musuh muncul, elektrod tertentu akan merangsang neuron untuk bertindak balas memicu aksi seperti menggerakkan watak atau melepaskan tembakan.

AFP

Selain daripada keupayaan bermain permainan video, perkakasan hibrid CL1 ini direka untuk fungsi pengkomputeran yang lebih luas.

Menurut Ketua Pegawai Saintifik dan Operasi Cortical Labs, Brett Kagan, integrasi kultur neural ini berpotensi besar untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor termasuk sistem robotik, tugasan pembelajaran mesin pintar seperti AI, pemodelan penyakit, saringan ubat-ubatan, sehinggalah kepada pembangunan perubatan peribadi (personalised medicine).

Kelebihan utama pengkomputeran biologi berbanding cip silikon biasa terletak pada faktor kecekapan tenaga.

AFP

Sebagai perbandingan, otak manusia hanya menggunakan anggaran tenaga sekitar 20 watt untuk beroperasi di mana satu tahap kecekapan ekstrem yang masih belum mampu ditiru oleh sistem komputer konvensional mahupun kecerdasan buatan (AI) moden.

Penganalisis industri menyifatkan projek ini sebagai sains tulen yang menunjukkan kemajuan realistik, terutamanya dalam menawarkan jalan penyelesaian alternatif terhadap isu pengurusan penggunaan kuasa yang semakin meruncing dalam sektor pemprosesan data global.

Buat masa ini, sel-sel otak tersebut mempunyai jangka hayat sekitar enam bulan dan belum berupaya untuk menghasilkan keputusan pengaturcaraan yang konsisten sepenuhnya.

{suggest}

The post Penyelidik Australia Berjaya Latih Sel Otak Makmal Bermain Permainan Video Klasik ‘Doom’ appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *