Sokongan Aplikasi Time Di Huawei AppGallery Dihentikan Bermula 25 April

Time kini memaklumkan aplikasi Time tidak lagi akan ditawarkan melalui Huawei AppGallery bermula 25 April 2026.

Selepas tarikh tersebut, versi aplikasi pada peranti Huawei tidak lagi aktif. Ini bermakna pengguna Huawei tidak lagi boleh melakukan pembayaran, menyemak bil atau mengurus akaun melalui platform itu.

Walaupun begitu, pengguna masih boleh mengakses semua perkhidmatan Time seperti biasa melalui pelayar web. Portal Time Self Care menawarkan fungsi yang sama dan boleh diakses melalui mana-mana pelayar mudah alih atau komputer.

{suggest}

The post Sokongan Aplikasi Time Di Huawei AppGallery Dihentikan Bermula 25 April appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *