ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer

ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan ROG Strix XG129C, paparan sekunder yang direka khas untuk gamer dan streamer.

Skrin IPS bersaiz 12.3 inci dengan nisbah aspek 24:9 dan resolusi 1920×720 ini memberikan ruang tambahan untuk multi tugas, kawalan aplikasi, serta pemantauan sistem secara langsung.


Peranti ini ini turut disertakan dengan AIDA64 Extreme (lesen 1 tahun) serta antaramuka eksklusif ROG SensorPanel, membolehkan pengguna memantau prestasi PC secara masa nyata.

Dari segi sambungan, ia menawarkan USB-C hibrid (kuasa, video, sentuhan), USB-C kedua dengan 20W PD, dan HDMI 1.2. Reka bentuk ultra nipis 6.3mm dengan penegak boleh laras serta soket tripod menjadikannya fleksibel untuk pelbagai setup.

Contoh setup Strix XG129C bersama monitor lengkung terbaru Strix OLED XG34WCDMS bersaiz 34 inci.

Tidak diumumkan harga jualan atau tarikh ketersediaannya di pasaran, ROG Strix XG129C bukan sekadar paparan tambahan tetapi bagi meningkatkan produktiviti dan pengalaman gaming ke tahap lebih profesional.

{suggest}

The post ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer appeared first on WISER.MY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *